Hari
ni saya nak share dengan anda semua cara mudah untuk kuruskan badan. Mudah dan berkesan sebab saya dah cuba and
its works for me. Tapi dengan syarat
kena istiqamah. Lepas bersalin anak
ketiga berat badan saya naik mendadak jadi 62kg. Sebelum mengandung berat saya
47kg. Sangat stress bila berat badan
bertambah. Baju dari saiz S/M dah kena
pakai saiz XL. Mane tak tension kan.
Kalau tak jaga dari sekarang, bila umur makin bertambah lagi susah nak
kuruskan badan. Sebabnya bila umur makin
bertambah, metabolisme badan semakin kurang. Pada awal usia 40-an, Anda akan
kehilangan ¼ sampai 1 kg otot Anda dan secara alami mendapatkan ½ kg lemak
setiap tahunnya. Semakin banyak otot yang hilang, semakin lambat metabolisme
Anda dan semakin lambat juga pembakaran kalori di dalam tubuh Anda. Tubuh yang
pernah Anda miliki di usia 20-an akan menjadi berbeza dengan tubuh yang Anda
miliki di usia ini.
Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan
Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan
pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh
untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar
kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda
bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah.
Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme
anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.
Dipecahkan
dan digunakan sebagai bahan bakar oleh tubuh. Bahan bakar ini membantu
paru-paru Anda bergerak, darah bersikulasi, sistem pencernaan berfungsi, dan
otot-otot Anda bergerak. Tubuh Anda berjalan kerana
makanan seperti kenderaan yang berjalan kerana bahan bakar. Jika Anda mengisi
bahan bakar berlebihan, bahan bakar itu akan tumpah. Tetapi jika Anda
memberikan bahan bakar berlebihan kepada tubuh, kalori ekstra itu akan disimpan
sebagai lemak.
Metabolisme
bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh
individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam
tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk
mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak.
Maka, mereka yang mempunyai
banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding
dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
Ok,
jom teruskan cara saya nak kuruskan badan… Cara ni bukanlah dari pakar-pakar
pemakanan atau dari mane-mane orang bertauliah tapi cara saya sendiri he he he J try and error ikut penerimaan badan.
1)
Setiap
pagi minum segelas air suam yang dicampurkan dengan beberapa titis air lemon
dan madu. Kenapa saya minum air ni? Sebabnya jus lemon dan campuran madu dapat
membantu dalam penurunan berat badan dan meningkatkan metabolism tubuh. Lemon
dapat membantu meringankan masalah pencernaan bila dicampur dengan air panas,
termasuk di antaranya mual, mulas dan parasit. Dengan minum jus lemon secara
teratur, perut Anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien.
Lemon bertindak sebagai pemurni darah dan agen pembersih. Jus lemon boleh
menyembuhkan sembelit. Bahkan jus lemon juga berfungsi sebagai tonik hati dan
membantu Anda mencerna makanan dengan membantu hati memproduksi empedu lebih
banyak. Rutin meminum air jeruk nipis membuka jalan untuk menurunkan berat
badan lebih cepat. Memanfaatkan jus lemon yang dicampur dengan air hangat dan
madu, juga dapat membantu mengurangi berat badan.
2)
Sewaktu
mandi saya guna BELVYA PSS.
Ia bantu membuang dan membentuk kembali badan anda yang dah flabby. Sangat cepat bertindak walaupun pakai sehari
sekali aja. Kalau tak percaya cubala
sendiri…J
3)
Lepas
mandi pakailah Korset ke bengkung ke whatever la yang ada kat rumah anda. Yang penting pakai sekurang-kurangnya 8 jam
sehari. Kenapa perlu pakai korset?
Sebabnya ialah:
* Membantu membentuk
dan mengecilkan bahagian abdomen,
* Menaikkan dan mengawal kedudukan bahagian bawah perut
* Membantu mereka yang mengalami bongkok sabut
* Menaikkan dan mengawal kedudukan bahagian bawah perut
* Membantu mereka yang mengalami bongkok sabut
* Membetulkan
kedudukan postur badan
* Memberikan sokongan untuk tulang punggung dan belakang
* Mengecilkan paha dan mengempiskan perut
* Memberikan sokongan untuk tulang punggung dan belakang
* Mengecilkan paha dan mengempiskan perut
* Mengangkat payudara dan membentulkan
kedudukan payudara supaya tidak
Jatuh ke sisi.
4)
Breakfast
makan 2 keping roti ataupun semangkuk oat.
5) Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter
sehari terutamanya pada sesiapa yang mengambil supplement. Air kosong ni membantu mempercepatkan
pembuangan toksin dalam badan, membantu untuk menguruskan badan dan macam2 lagi
khasiat yang kita boleh dapat dari air kosong.
6)
Banyakkan
makan sayuran dan buah –buahan. Kalau
boleh kurangkan makanan berlemak.
7) Jangan minum sekurang-kurangnya setengah
jam ke 1 jam selepas makan kerana ia akan menyebabkan sistem penghadaman
terganggu.
Setakat ini sahaja
perkongsian saya. Apa sahaja yang dibuat dengan niat yang baik dan istiqamah,
insyaallah akan Nampak hasilnya. Yang penting anda semua istiqamah tau dalam
menjaga badan dan kesihatan. Setiap kurniaan Allah diberi pada kita dalam
keadaan sebaik-baik kejadian, jadi jangan sia-siakannya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment