Wednesday, 18 December 2013

TIPS PENTING UNTUK PERNIAAGAAN BERJAYA

BISMILLAH.

Hari ni saya ada baca tips-tips perniagaan dari pelbagai sumber.  Pasti ramai di kalangan rakan-rakan di luar sana yang punyai bisness online sendiri termasuklah juga dengan saya.  Bukan senang nak berjayakan.  Dalam menuju kejayaan to berbagai perkara yang perlu kita lakukan, yang perlu kita tempuhi,  kena cari ilmu perniagaan dan kita juga takkan lepas dari dugaan perniagaan.  Semua perkara ini akan mematangkan lagi diri kita untuk menempuh kejayaan.


"Untuk mencapai sesuatu kita perlu ada matlamat yang jelas, untuk mencapai matlamat kita perlu ada keinginan yang tinggi, untuk mencapai keinginan yang tinggi, kita perlu kuasa bertindak yang luar biasa." :)


3 perkara penting untuk perniagaan berjaya adalah:

1)Tunaikan solat 5 waktu dan juga semua ibadah wajib lain serta tinggalkan perkara haram. Jika ini tidak dilakukan oleh para usahawan, segala usaha maupun kejayaan anda termasuklah wang ringgit dan segala kemewahan lain adalah sia-sia dan hanya jadi bahan api neraka untuk membakar anda sendiri.

2)Berbuat baik pada ibu dan bapa dan hulurkan bantuan wang dan juga tenaga bagi menyara keperluan hidup mereka. Berbuatlah sebaik mungkin untuk menyejukkan hati mereka dan mendamaikan mata mereka yang redup.
Contoh paling mudah adalah dengan pastikan anda merenung wajah mereka setiap hari jika berdekatan dan sekurang-kurangnya sebulan sekali jika berjauhan. Berikan wang walaupun mereka dah ada cukup wang. Layan makan minum mereka dan layan perbualan mereka sebaik mungkin.



3)Tunaikan solat Duha setiap pagi di waktu Duha. Jadikan amalan solat Duha ini rutin anda sebaik sahaja mula berniaga atau sebaik sahaja bernekad untuk jadi usahawan. Hafal doa solat duha dan fahami maksudnya.
Demikianlah 3 perkara yang mesti anda lakukan. Jika selama ini perniagaan anda hanya cukup makan saja kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, sila semak 3 perkara di atas di samping menuntul ilmu perniagaan anda.


Di sini saya kongsi bersama anda apa yang saya baca tentang tips perniagaan dari Mentor Kejayaan #1 Malaysia iaitu Dr Azizan Osman. 



9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan oleh Dr.Azizan Osman- Usahawan, Mentor Kekayaan & Kejayaan, Pakar Strategi Pengiklanan & Pemasaran & Master Trainer (Asia)

Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan untuk anda meningkatkan peluang kejayaan perniagaan baru anda?

1) Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas

2) Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda berikan?

3) "Bootstrap"- Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan tanpa modal atau dengan modal yang paling minima terlebih dahulu sehingga anda yakin untuk membesarkannya. Kesabaran adalah penting serta sentiasa bersedia untuk menimba ilmu. 

4) Test, Trial & Adjust- Mencuba dan mengubahsuai produk atau perkhidmatan anda mengikut keperluan pelanggan dan pasaran

5) Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda bukan dengan pinjaman

6) Pilih "tentera" ataupun pekerja anda dengan teliti dan betul

7) Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif

8) Mulakan dengan berniaga secara sampingan- Jangan berhenti bekerja secara tergesa-gesa

9) Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke sekolah" ke dewan-dewan seminar untuk belajar tentang strategi pemasaran yang terkini.


No comments:

Post a Comment