Sunday, 1 December 2013

KENAPA SERING MENGANTUK


Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapala aku ni slalu sangat mengantuk walaupun dah tido awal, tapi bangun pagi  masih lagi mengantuk.  Mengantuk, letih, dan lesu boleh menganggu kehidupan anda sepanjang hari.  Kalau sehari dua mungkin boleh di terima, tapi kalau dah setiap hari, mesti pelikkan....Ia pasti mengganggu kerja seharian kita dan amat berbahaya sekiranya terbawa-bawa sewaktu kita memandu.  Waspadala ye, mungkin di bawah ni antara penyebabnya.  Jom kita tengok antara sebab-sebab kenapa kita mengantuk:

1) ANEMIA 
-penyakit kekurangan sel darah merah atau hemoglobin atau keduanya, sehingga kemampuan darah mengangkut oksigen berkurang.  Antara yang beresiko mengalami anemia adalah Wanita menstruasi, Wanita menyusui/hamil kerana peningkatan keperluan zat besi, Bayi, anak-anak dan remaja yang merupakan masa pertumbuhan yang cepat dan Orang yang kurang makan makanan yang mengandung zat besi, jarang makan daging dan telur selama bertahun-tahun.

2) KEKURANGAN TIDUR
 - Kurang tidur berturut-turut hari juga boleh menyumbang kepada rasa mengantuk yang tak sudah. Walaupun pada hari yang sama kita telah tidur lebih daripada 4 jam, ia tetap tidak dapat membantu mengurangkan rasa mengantuk itu kerasa badan dan minda kita tidak mendapat rehat yang secukupnya selama berhari-hari.

3) TIDAK MAKAN SECUKUPNYA ATAU TIDAK MAKAN MAKANAN SEIMBANG
  - Makanan ada sumber tenaga kepada badan kita.  Tanpa makanan secukupnya dan seimbang ia akan menjadi punca kepada keletihan dan mengantuk.

4) DIABETIS
  - Menghalang gula ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan oleh sel-sel badan kita.  Walaupun kita sudah makan secukupnya kita tetap keletihan.  Jadi, jumpala doktor dan dapatkan pemeriksaan darah untuk mengesan diabetes.

5) DEHIDRASI
   - Keletihan dan mengantuk juga adalah salah satu tanda badan dehidrasi.  Jadi segera minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari.  Ia membantu badan kita segar dan bersemangat sepanjang hari.


So, sekiranya anda mengantuk cuba periksa diri anda. Kemungkinan faktor di atas adalah puncanya dan senangla kita nak bertindakkan...dah yang penting jangan lupa ambil supplement.  Supplement dapat membantu membaikpulih kesihatan dan memberi tenaga.  Pandai-pandailah kita mencari supplement yang terbaik mengikut keperluan. !! :)





No comments:

Post a Comment